Wednesday, March 25, 2009

TERAPI REALITI GLASSER

TERAPI REALITI GLASSER

Tingkah laku sebenarnya digerakkan oleh motivasi dalaman dan bukannya luaran.

Terapi reality berlandaskan 3 prinsip berikut :

· Setiap individu bertanggungjawab ke atas tingkah laku masing-masing.

· Setiap individu berupaya untuk berubah dan hidup secara berkesan sekiranya diberikan bimbingan dan sokongan.

· Setiap individu bertingkah laku mengikut cara tertentu agar dapat membentuk persekitaran mengikut kehendak masing-masing.

Tahun 1986, teori kawalan ditukar kepada teori pilihan iaitu bertujuan untuk memenuhi keinginan individu yang berkenaan. Keinginan itu adalah:

· Keinginan untuk dipunyai.

· Keinginan untuk kuasa.

· Keinginan untuk kebebasan.

· Keinginan untuk bersuka ria.

Pelan pengurusan bilik darjah Glasser.

Murid seharusnya memikul tanggung jawab untuk memenuhi keinginan, mengawal tingkah laku, dan membuat pilihan masing-masing. Berikut merupakan 10 langkah yang telah dibuat oleh Glasser :

1) Guru hendaklah melapangkan masa untuk mengenal pasti punca tingkah laku bermasalah murid tersebut.

2) Guru perlu mempertimbangkan cara penyelesaian.

3) Guru berusaha mencegah salah laku melalui 2 cara iaitu berikan latihan dalan kelas yang menarik dan bina hubungan yang positif dengan murid.

4) Guru mempertingkatkan cara penyoalan.

5) Guru mengadakan perbincangan dengan murid-murid.

6) Murid dikehendaki membentuk satu pelan yang mengandungi tindakan positif dengan bantuan guru.

7) Jika x berkesan,murid diasingkan dengan menggunakan time-out dalam bilik darjah.

8) Hantar murid ke satu lokasi yang selesa tetapi x mengancam orang yang menyelia mereka.

9) Bagi murid yang di luar kawalan, guru hendaklah menghubungi ibu bapa untuk berpindah sekolah.

10) Jika masih serius, rujuk murid kepada pihak berkuasa.

Elemen-elemen Disiplin Yang Berkesan Glasser.

· Berlaku suasana yang saling percaya-mempercayai dan hormat-menghormati.

· Tidak bersifat memaksa.

· Bukan berbentuk hukuman.

· Berupaya membezakan antara masalah disiplin dan peristiwa disiplin.

· Melibatkan pihak yang prihatin dan ingin membantu murid mengubah tingkah laku mereka.

· Membantu murid memenuhi kehendak masing-masing.

· Membantu murid membuat pilihan yang wajar.

· Mengajar murid memikul tanggung jawab secara peribadi.

· Menangani tingkah laku masa kini, bukannya tingkah laku masa lampau.

· Memerlukan murid membuat penghakiman berunsurkan nilai terhadap tingkah laku mereka.

· Membantu murid merancang kea rah perubahan tingkah laku.

· Percaya bahawa murid berupaya untuk berubah kearah yang positif.

No comments: